Thursday, December 10, 2009

PENANGAN 2012-SUATU KEBENARAN UNTUK PENIPUAN






PENANGAN 2012-SUATU KEBENARAN UNTUK PENIPUAN

Mempercayai hari kiamat adalah rukun iman kita. Kita semua memang mengakui tanda-tandatanya.Tetapi untuk meramal tarikh dan ketika, hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahuinya. Kenapa kena kaitkan dengan 2012? Kita memang percaya pada hadis sebagai panduan kedua selepas al-Quran. Apa yang diterangkan memang benar. Malah kajian-kajian mengenai planet dan angkasa oleh orang barat banyak menepati apa yang terkandung dalam al-Quran. Cuma kadang-kadang kita terpaksa bersikap sinis. Dakwaan penemuan-penemuan NASA tiba-tiba dibuat serentak dengan filem 2012. Kita jangan lupa orang barat dah kaya berjuta-juta, berbilion2 dolar jual filem kepada masyarakat dunia. Lepas tu salur untuk tindas orang Islam hina bangsa lain di dunia. Dengar cerita, kononnya filem 2012 ni tengah masyur. Mungkin orang beli sebab nak membayangi bagaimana kejadian hari kiamat seperti yang didakwa.
Sebenarnya, apa yang berlaku hari ini kerana Allah hanya memberi tanda-tandanya sahaja supaya kita berfikir. Kerana semakin hampir kiamat, hati manusia akan dilalaikan. Mungkinkah Pengarah filem barat 2012 itu berhati celik dan beriman sehingga boleh meramal bila berlakunya hari pengakhiran. Sebagai insan kerdil, marilah kita berserah kepada ALLAH S.W.T. Saya pun nak juga tengok filem ni (beli yang cetak rompak je atau pinjam/nak jimat, tengok dalam YouTube siapa ada broadband). Kita nak tengok apa Pengakhiran babak filem ini. Biasanya filem mesti ada pengakhiran cerita.
Jadi, dalam filem 2012 ni apakah penyelesaian yang cuba dipaparkan oleh Pengarah. Adakah ending itu juga seolah-olah ramalan Pengarah filem. Jika ya, sudah tentu kita juga akan sentiasa terbayang perkara-perkara selepas kiamat yang boleh jadi satu mindset dalam fikiran kita. Ini sesuatu yang bahaya. Adakah peristiwa dalam ending itu berlaku selepas kiamat? Dan jika tiada ending, bermakna penonton ditipu(bagi mereka yag sempat berfikir). Pengarah filem barat pula akan menjadi kaya raya selepas itu. Orang Islam di seluruh dunia pula akan sibuk mencari hadis dan mazhab untuk mereka mempertahankan hujah masing-masing berkenaan dengan kiamat sehigga mungkin berpecah belah. Inilah propaganda barat. Mereka suka memanipulasi kebenaran untuk mewujudkan penipuan kepada umat Islam dan mendapat untung daripada masyarakat dunia. Sebab itulah selain daripada ibadah siang malam, Islam juga mesti terletak dalam pemikiran setiap umatnya yang kerdil seperti kita ini. Sesungguhnya ALLAH Maha Besar.





1 comment: